Sabtu, 28 November 2015

KAU ADALAH CINTAKU

Part 1


     "Hoi! Boleh tak sana sikit?! Menyemak jer! Dah takde tempat lain nak duduk ke?" Ujar Zi apabila seorang budak lelaki atau lebih tepatnya musuh utamanya iaitu salah seorang ahli kumpulan 'the bangs' siapa lagi kalau bukan syuk.

     "Hoi! Kau patut rasa bertuah sebab mamat hot macam aku ni sudi duduk sebelah kau tau!" Ujar Syuk dengan bangga. "Wei! Aku nak tanya kauboleh tak?" Ujar Zi. "Apa dia?" Balas Syuk. "Agak-agak kau kan, mak kau masa mengandungkan kau dulu mesti dia suka panjat tembokkan? Tu yang anak dia macam muka tembok! Tak tahu malu puji diri sendiri! Kau letak muka kau kat mana hah? Sampai tak tahu malu puji diri sendiri!" Ujar Zi dengan amarah.

      "Kau kalau tak libatkan mak bapak tak boleh ke?" Jerit Syuk dan berjaya membuatkan satu kelas menatap ke arahnya dan juga Zi. Zi yang bengang dan sedikit malu apabila di bentak, segera berganjak menjauh dari Syuk. Syuk hanya mampu melihat kepergian Zi dengan wajah yang tidak ada rasa bersalah pun. Mungkin kerana marahnya pada Zi apabila Zi melibatkan ibu bapanya.

         "Habis dah gaduh?" Tanya Hana iaitu salah seorang ahli kumpulan 'the hate' iaitu kumpulan yang mempunyai tujuh orang anggota iaitu Zi, Hana, Fath, Az, Gash, Zati dan Fen." Kau tahu tak betapa malunya aku?! Sesedap dia je nak tengking aku! Apa dia ingat dia bagus sangat?" Ujar Zi sambil mencebikkan bibirnya. "Hei! Kau buta ke Zi? Dia tu memang bagus pun! Handsome lagi plus pandai. Memang bagus gila." Ujar Az sambil menatap ke arah Zi dengan senyuman yang mengembang bagai pelangi senja tu.

         "Wei!!! Dia pandang aku! Kyaaaa!!! "Jerit Az sambil tergedik-gedik. Zi yang mulai hilang sabar mengambil kotak pensilnya lalu dilemparnya ke arah Az yang masih sibuk menatap Syuk dan kumpulan 'the bangs' itu. "Hoi! Sakitlah." Ujar Az sambil mengelus kepala selepas mendapat balingan yang penuh dengan kasih sayang dari kawannya itu." Hah, tahupun sakit! Gedik-gediklah lagi! Memang lepas ni kau akan dengar bacaan yaasin dari aku, kau tahu?!" Ujar Zi sambil menatap tajam kawannya itu. Sementara yang lain hanya bergedik ngeri melihat kawan mereka yang satu ini. Mereka memang sudah biasa dengan kawan mereka yang seorang ni. Kalau dah marah, mengalahkan gunung berapi nak meletup.

        "Amboi... seronoknya borak...boleh saya join?" Ujar seseoramg dari belakang mereka. "Haisshh! Sibuk je! Blahlah!" Jerit Zi, sementara kawan-kawannya yang lain hanya menelan air liur mereka apabila melihat siapa yang menegur mereka tiba-tiba itu.Fath dengan takut-takut menjulurkan jarinya ke arah belakang Zi. "Apa?! Kau tunjuk-tunjuk belaka..."Ujar Zi terhenti sebaik sahaja melihat siapa yang ada di belakangnya. "Ohhh... blahlah?! Zi! Sebelum balik saya nak awak pergi ke bilik guru sambil bawa lima helai kertas yang tertulis 'SAYA TIDAK AKAN BERSIKAP KURANG SOPAN DENGAN CIKGU LAGI' faham tak?!" Ujar Cikgu Ain dan mendapat anggukkan pasrah dari anakn muridnya itu. Sementara itu kumpulan 'the bangs' hanya ketawa apabila melihat musuh ketat mereka didenda itu.

#######################
 
    Di kantin terlihat satu kumpulan lelaki yang sedang ketawa terbahak-bahak. Kumpulan itu adalah kumpulan 'the bangs' yang mempunyai tujuh orang ahli iaitu Syuk, Awal, Ik, Ad, Ritz, Mik, dan juga Kai. "Hahaha! Kau nampak muka minah tu bila kena denda ngan cikgu tadi?! Hahahah!! Aku nak tergelak je. Tulah ada hati nak kenakan aku sekali ambik kau!" Ujar Syuk dan mendapat anggukkan dari kawan-kawannya yang lain. "Tulah ada hati nak bagak! Hahaha! Tapikan mana minah tu? Aku tak nampak pun?" Ujar Ad apabila kumpulan 'the hate' duduk di penjuru kantin tanpa Zi. "Alah, kau bukan tak tahu sibuk lah tu. Kan nak kena nak wat denda tu. Hahaha! "Ujar Kai sambil ketawa apabila membayangkan wajah musuhnya itu." Hah, korang nak tahukan? Apa kata kita gi kelas tengok apa yang dia ngah wat? Aku tak sabar nak tengok muka berkerut dia tu." Ujar Syuk dan mendapat persetujuan kawan-kawannya itu. Lalu mereka pun berganjak ke kelas.

           "Shhh!!! Senyap dikit!" Ujar Syuk kepada kawan-kawannya apabila mereka semakin hampir. Kumpulan 'the bangs' mengintip di balik tingkap.

         " Zi, kenapa dengan kamu ni? Cikgu nampak sekarang ni kamu macam dah berubah? Tak macam Zi yang pernah cikgu kenal." Ujar Cikgu Ain. Kumpulan 'the bangs' yang sedang mencuri dengar itu terus menajamkan pendengaran mereka. "Kenapa cikgu kisahkan saya sangat? Kalau saya baik ke jahat ke, saya tetap tak sama macam yang lain." Ujar Zi sambil memandang wajah cikgunya itu." Zi, cikgu tahu kamu stress dengan apa yang kamu lalui skang ni tapi kamu kena kuat Zi! Kamu kena kuat supaya kamu boleh jadi macam yang lain. "Ujar Cikgu Ain sambil memegang tangan anak muridnya itu.

             "Apa bezanya cikgu? Saya tetap takkan jadi macam yang lain! Tak kiralah macam manapun saya cuba! Takkan cikgu! Takkan!" Ujar Zi sambil matanya yang mulai mengeluarkan cairan bening. Cikgu Ain yang faham situasi anak muridnya itu, segera memeluk anak muridnya itu. Sementara yang di peluk segera meleraikan pelukkannya dan berganjak keluar meninggalkan gurunya itu. " Zi! Zi! Zi kalau awak percaya dengan diri awak, awak boleh hidup sama macam yang lain Zi!" Ujar Cikgu Ain sambil menatap kepergian anak muridnya itu.

       "Wei Syuk! Apahal ngan minah tu? Dia tu kenapa sampai cakap dia tak sama ngan kiatlah bagai? Apa yang dia maksudkankan?" Ujar Awal kepada Syuk. Sementara yang ditanya hanya hanyut dengan pikirannya sendiri. ' Zi apa maksud kau? Kenapa kau menangis? Apa yang buatkan kau betul-betul sedih macam tu?' Tanya batin Syuk.

tbc.......

1 ulasan:

  1. Sorry kalau typo sangat..
    Baru belajar nak tulis blog ni..
    Harap semua boleh faham..

    BalasPadam