Part 2
"Wei, Zi! Kau biar betul nak wat ni? Fikir masak-masak dulu." Ujar Hana apabila melihat kawannya itu sedang bersiap sakan dengan mengenakan pakaian ala-ala pontianak itu. "Wei, Hana nampak Zi macam main-main jeke? Zi memang ngah geram dengan kumpulan 'the bangs' tu. Kalau ikutkan hati Zi nikan, dah lama dah dorang tu mati. Dahlah cepatlah siap pakai baju tu. Yang lain dah siap dahpun." Ujar Zi seraya menunjuk ke arah kawannya yang lain." Mak ai! Semua pun bergabung sekali?" Ujar Hana. "Apa gunanya kawan kalau tak tolong kawan dia?" Ujar Zati. Hana yang mendengar itu hanya mampu mengeluh dan menggelengkan kepalanya.
######################
"Wei, cepatlah! Senyap sikit nanti budak pompuan dengar lak!" Ujar Syuk kepada rakan-rakannya itu. Kumpulan 'the bangs' kelihatan seperti pocong." Sabarlah kau ingat senang nak jalan ngan kaki terikat cam ni?" Ujar Awal geram.
Sementara itu...
"Wei cepatlah! Ko ni panjat pagar pun lembab!" Ujar Zi kepada Az apabila rakannya itu terkial-kial. "Japlah nanti rosak make up aku!" Ujar Az dan mendalat jintakan di kepalanya. "Ko kalau nak lawar-lawar gi tempat lain. Gedik bebenor aku tengok!" Ujar Zati. "Yalah-yalah. Cepatlah tolong aku! Tulah suruh aku wat kerja kotor lagi!" Ujar Az.
Brukkk...
"Adoi..." Ujar ketujuh-tujuh gadis itu apabila mereka semua tejatuh dari tembok asrama mereka. "Aduh! Boleh mandul aku asyik terhentak jer!" Ujar Fath. "Shhh! Cepatlah kita kena lari cepat!" Ujar Zi seraya membantu kawan-kawannya bangun. Mereka perlu berlari ke arah padang untuk pergi ke asrama lelaki.
'The bangs'
"Wei, korang! Cepatlah!" Ujar Ad apabila melihat kawan-kawannya terkial-kial memanjat tembok asrama lelaki itu. "Diamlah! Cer ko tolong sikit! Dahlah Awal ni berat sangat! Wei, Awal! Ko ni berat badan bape hah?" Ujar Syuk. "Diamlah! Ko tolong jelah! Ni dah kira baik aku tolong ko kenakan kumpulan pompuan tu." Ujar Awal geram. Setelah selesai turun dari tembok, mereka terus lari ke arah padang.
1... 2.... 3..."HANTUUUUU!!!"Jerit sekumpulan lelaki dan juga sekumpulan perempuan. Mereka semua lari lintang pukang apabila melihat sesama sendiri.
" STOP!!!!" Ujar Awal, memberhentikan kawan-kawannya. "Apahal..." tanya Ad dalam keadaan mengah. " aku tak rasa tu hantu!" Ujar Awal. "Apa yang bukan hantunya? Ko tak nanpak ke? Tu pontianak! PONTIANAK! Faham tak?!" Ujar Kim. "Wei aku naj tanya korang pontianak zaman bila pakai tudung?" Ujar Awal." Hah! Lantaklah zaman mana pun janji aku tak jumpa dorang balik seram doh!" Ujar Ad. "Aku rasa Awal betul! Aku tak rasa pontianak. Pontianak jenis apa pakai tudung?" Ujar Syuk. " Habis tu ko nak patah balik? Tak nak aku!" Ujar Ad sambil menggedikkan bahunya.
'The hate'
" STOP KORANG ! " Jerit Hana. "Napelak ko ni?" Ujar Zati. "Aku tak rasa yang tadi tu hantu. "ujar Hana. "Habistu apa?" Tanya Fath. "Aku rasa aku tahu sape..." Ujar Hana. "Maksud ko kumpulan..." Ujar Zi terhenti apabila dia sedar siapa yang dimaksudkan." The bangs!" Ujar kumpulan 'the hate' serentak. Kemudian mereka berpatah balik ke arah padang.
Di padang....
"Hei kau pontianak bertudung! Sesuka hati kau je nak takutkan kitaoramg!" Ujar Syuk sambil menundingkan jarinya." Kau tu yang apahal! Dahlah menyamar jadi pocong! Kau tahu 100% tak jadi tahu tak?" Ujar Zi. "Assalamualaikum... boleh teman adik main... kakak... abang ...."Ujar suatu suara. "Blahlah. ! Sibuk je!" Ujar Awal. Mereka semua menatap ke arah Awal dan tiba-tiba....
" HANTUUU!!!" Jerit ke tiga belas pelajar itu kecuali Awal yamg masih tidak tahu dengan siapa dia bercakap tadi." Apahal diarong lari?" Tanya Awal kepada dirinya sendiri lalu dia pusingkan badannya ke belakang dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang budak kecik yang penuh darah memegang bajunya. "Abang... abang nak main ngan saya tak?" Ujar anak itu." Mak! Ayah! Tolong Awal!" Jerit Awal.
"Wei tu suara Awal kan?" Ujar Hana. "Lantaklah yang penting kita selamat!" Ujar Zati. "Kita kena tolong dia! Kang tak pasal-pasal dia kena sorok dek bunian." Ujar Hana. "Habistu kau nak gi ke? Gilah aku dok sini." Ujar Az. "Zi.. jomlah.." Ujar Hana kepada Zi." Yalah-yalah! Entah kenapa tah aku nak kena tolong musuh aku tu!" Ujar Zi.
" the hate! Wei korang! Please tolong aku?! Aku merayu ni!" Ujar Awal sambil cuba untuk melepaskan pegangan anak itu daripada bajunya. "Wei , setan kecik! Baik kau blah!" Jerit Hana. "Wei Hana kau gila ke cakap macam tu?" Ujar Zi apabila dia melihat anak itu seperti marah kepada rakannya itu. "Habistu?" Tanya Hana. Zi cuba mendekatkan diri dengan anak itu dan memegang tangannya. "Wei Zi! Kau lagi gila! Lepaskan tangan dia! Kau lak ke nak kena sorok?!" Ujar Hana apabila melihat anak itu melepaskan pegangannya dari Awal dan beralih menatap kawannya Zi.
"Adik nak main? Jom kakak temankan!" Ujar Zi tersenyum. Sementara itu, Awal pula melarikan dirinya ke arah asrama lelaki. Kemudian anak itu membawa Zi ke arah belakang sekolah untuk mengajak Zi bermain mungkin.
####################
"Awal!" Jerit Ad apabila melihat kawannya kembali. "Wal macam ne kau leh lepas?" Tanya Syuk. "Itu tak penting! Yang penting akang ni kita kena balik ke padang semula!" Ujar Awal. "Apahal? Kau nak menempah maut ke? Nak jumpa budak tu pulak? Ngeri doh muka dia!" Ujar Syuk. "Habistu?! Ko sanggup tengok budak pompuan yang kita benci tu mati?" Tanya Awal. " Apahal ngan dorang lak? Kan dorang tak apa-apa? Dorang lari dulu daripada kita tau!" Ujar Syuk. "Korang salah! Dorang patah balik! Dorang swlamatkan aku tau! Eh,tak!Maksud aku Zi! Zi yang selamatkan aku!" Ujar Awal. "Apa maksud kau, Wal?" Tanya Kim. "Zi! Dia ambik tangan budak tu lepastu dia ajak budak tu main." Ujar Awal. Kumpulan 'the bangs' terkejut dan tanpa berfikir panjang mereka terus ke padang semula.
"Tu dia kumpulan 'the hate' tapi apasal dorang pengsan?" Tanya Ad. Kumpulan 'the bans ' dengan ragu-ragu mendekati kumpulan 'the hate'.
tbc........
Sabtu, 28 November 2015
KAU ADALAH CINTAKU
Part 1
"Hoi! Boleh tak sana sikit?! Menyemak jer! Dah takde tempat lain nak duduk ke?" Ujar Zi apabila seorang budak lelaki atau lebih tepatnya musuh utamanya iaitu salah seorang ahli kumpulan 'the bangs' siapa lagi kalau bukan syuk.
"Hoi! Kau patut rasa bertuah sebab mamat hot macam aku ni sudi duduk sebelah kau tau!" Ujar Syuk dengan bangga. "Wei! Aku nak tanya kauboleh tak?" Ujar Zi. "Apa dia?" Balas Syuk. "Agak-agak kau kan, mak kau masa mengandungkan kau dulu mesti dia suka panjat tembokkan? Tu yang anak dia macam muka tembok! Tak tahu malu puji diri sendiri! Kau letak muka kau kat mana hah? Sampai tak tahu malu puji diri sendiri!" Ujar Zi dengan amarah.
"Kau kalau tak libatkan mak bapak tak boleh ke?" Jerit Syuk dan berjaya membuatkan satu kelas menatap ke arahnya dan juga Zi. Zi yang bengang dan sedikit malu apabila di bentak, segera berganjak menjauh dari Syuk. Syuk hanya mampu melihat kepergian Zi dengan wajah yang tidak ada rasa bersalah pun. Mungkin kerana marahnya pada Zi apabila Zi melibatkan ibu bapanya.
"Habis dah gaduh?" Tanya Hana iaitu salah seorang ahli kumpulan 'the hate' iaitu kumpulan yang mempunyai tujuh orang anggota iaitu Zi, Hana, Fath, Az, Gash, Zati dan Fen." Kau tahu tak betapa malunya aku?! Sesedap dia je nak tengking aku! Apa dia ingat dia bagus sangat?" Ujar Zi sambil mencebikkan bibirnya. "Hei! Kau buta ke Zi? Dia tu memang bagus pun! Handsome lagi plus pandai. Memang bagus gila." Ujar Az sambil menatap ke arah Zi dengan senyuman yang mengembang bagai pelangi senja tu.
"Wei!!! Dia pandang aku! Kyaaaa!!! "Jerit Az sambil tergedik-gedik. Zi yang mulai hilang sabar mengambil kotak pensilnya lalu dilemparnya ke arah Az yang masih sibuk menatap Syuk dan kumpulan 'the bangs' itu. "Hoi! Sakitlah." Ujar Az sambil mengelus kepala selepas mendapat balingan yang penuh dengan kasih sayang dari kawannya itu." Hah, tahupun sakit! Gedik-gediklah lagi! Memang lepas ni kau akan dengar bacaan yaasin dari aku, kau tahu?!" Ujar Zi sambil menatap tajam kawannya itu. Sementara yang lain hanya bergedik ngeri melihat kawan mereka yang satu ini. Mereka memang sudah biasa dengan kawan mereka yang seorang ni. Kalau dah marah, mengalahkan gunung berapi nak meletup.
"Amboi... seronoknya borak...boleh saya join?" Ujar seseoramg dari belakang mereka. "Haisshh! Sibuk je! Blahlah!" Jerit Zi, sementara kawan-kawannya yang lain hanya menelan air liur mereka apabila melihat siapa yang menegur mereka tiba-tiba itu.Fath dengan takut-takut menjulurkan jarinya ke arah belakang Zi. "Apa?! Kau tunjuk-tunjuk belaka..."Ujar Zi terhenti sebaik sahaja melihat siapa yang ada di belakangnya. "Ohhh... blahlah?! Zi! Sebelum balik saya nak awak pergi ke bilik guru sambil bawa lima helai kertas yang tertulis 'SAYA TIDAK AKAN BERSIKAP KURANG SOPAN DENGAN CIKGU LAGI' faham tak?!" Ujar Cikgu Ain dan mendapat anggukkan pasrah dari anakn muridnya itu. Sementara itu kumpulan 'the bangs' hanya ketawa apabila melihat musuh ketat mereka didenda itu.
#######################
Di kantin terlihat satu kumpulan lelaki yang sedang ketawa terbahak-bahak. Kumpulan itu adalah kumpulan 'the bangs' yang mempunyai tujuh orang ahli iaitu Syuk, Awal, Ik, Ad, Ritz, Mik, dan juga Kai. "Hahaha! Kau nampak muka minah tu bila kena denda ngan cikgu tadi?! Hahahah!! Aku nak tergelak je. Tulah ada hati nak kenakan aku sekali ambik kau!" Ujar Syuk dan mendapat anggukkan dari kawan-kawannya yang lain. "Tulah ada hati nak bagak! Hahaha! Tapikan mana minah tu? Aku tak nampak pun?" Ujar Ad apabila kumpulan 'the hate' duduk di penjuru kantin tanpa Zi. "Alah, kau bukan tak tahu sibuk lah tu. Kan nak kena nak wat denda tu. Hahaha! "Ujar Kai sambil ketawa apabila membayangkan wajah musuhnya itu." Hah, korang nak tahukan? Apa kata kita gi kelas tengok apa yang dia ngah wat? Aku tak sabar nak tengok muka berkerut dia tu." Ujar Syuk dan mendapat persetujuan kawan-kawannya itu. Lalu mereka pun berganjak ke kelas.
"Shhh!!! Senyap dikit!" Ujar Syuk kepada kawan-kawannya apabila mereka semakin hampir. Kumpulan 'the bangs' mengintip di balik tingkap.
" Zi, kenapa dengan kamu ni? Cikgu nampak sekarang ni kamu macam dah berubah? Tak macam Zi yang pernah cikgu kenal." Ujar Cikgu Ain. Kumpulan 'the bangs' yang sedang mencuri dengar itu terus menajamkan pendengaran mereka. "Kenapa cikgu kisahkan saya sangat? Kalau saya baik ke jahat ke, saya tetap tak sama macam yang lain." Ujar Zi sambil memandang wajah cikgunya itu." Zi, cikgu tahu kamu stress dengan apa yang kamu lalui skang ni tapi kamu kena kuat Zi! Kamu kena kuat supaya kamu boleh jadi macam yang lain. "Ujar Cikgu Ain sambil memegang tangan anak muridnya itu.
"Apa bezanya cikgu? Saya tetap takkan jadi macam yang lain! Tak kiralah macam manapun saya cuba! Takkan cikgu! Takkan!" Ujar Zi sambil matanya yang mulai mengeluarkan cairan bening. Cikgu Ain yang faham situasi anak muridnya itu, segera memeluk anak muridnya itu. Sementara yang di peluk segera meleraikan pelukkannya dan berganjak keluar meninggalkan gurunya itu. " Zi! Zi! Zi kalau awak percaya dengan diri awak, awak boleh hidup sama macam yang lain Zi!" Ujar Cikgu Ain sambil menatap kepergian anak muridnya itu.
"Wei Syuk! Apahal ngan minah tu? Dia tu kenapa sampai cakap dia tak sama ngan kiatlah bagai? Apa yang dia maksudkankan?" Ujar Awal kepada Syuk. Sementara yang ditanya hanya hanyut dengan pikirannya sendiri. ' Zi apa maksud kau? Kenapa kau menangis? Apa yang buatkan kau betul-betul sedih macam tu?' Tanya batin Syuk.
tbc.......

Langgan:
Catatan (Atom)