Isnin, 14 Disember 2015

KAU ADALAH CINTAKU

Part 3

      "Zi! Zi!  Ko kat ne?! Zi?!" Jerit tiga belas orang pelajar apabila mereka tiba di belakang sekolah. "Wei! Hana! Ngan ko Ad! Gi panggil cikgu yang masih ada kat sekolah! Cepat!" Ujar Awal dan yang diberi arahan terus berlari ke arah bilik guru. "Zi! Ko kat ne... hiks.. Zi... jangan tinggalkan aku ... aku sayang ko... hiks .... hiks.. Zi..." Ujar Az sambil menangis. "Wei, korang bukan ke tu Zi?!" Ujar Ikal sambil menunjuk ke arah satu tubuh yang terbaring di bawah pokok." Zi!!!" Jerit mereka lalu menghampiri tubuh itu apabila sudah mengetahui identiti sebenar orang itu. "Zi! Ko nape ni? Zi ? Bertahan Zi!" Ujar Az apabila melihat kawannya itu seperti tidak mampu untuk bernafas. Tidak lama kemudian Hana dan Ad datang bersama dengan seorang cikgu iaitu Cikgu Ain.


    "Zi! Kenapa dengan Zi ni?" Tanya Cikgu Ain. "Kami tak tahu cikgu masa kami jumpa dia, dia dah pun macam ni cikgu." Ujar Fath sambil terus menggenggam tangan rakannya itu. "Zi? Zi? Zi, ni kakak Zi.. Zi bertahanlah dik. Kakak minta sangat ngan kamu. Zi tolonglah kamu tak sayang kakak lagi ke?" Ujar Cikgu Ain atau sebenarnya kakak kepada Zi." Cikgu? Kakak Zi?" Tanya Hana dan mendapat anggukkan daripada cikgunya itu dan berhasil membuat semua yang di aitu terkejut mendengarnya. "Unngghhh... kakak..?" Ujar Zi perlahan." Zi!" Jerit Cikgu Ain sambil cuba mengeratkan lagi pelukannya pada satu- satunya adiknya itu. "Kakak.. Zi tak.. boleh tahan..."Ujar Zi perlahan dan hampir tidak terdengar. "Tak! Zi! Kamu boleh! Kamu mesti boleh! Kamu budak yang kuat Zi!" Ujar Cikgu sambil cuba menyemati adiknya itu.
   
   "Woi! Sengal! Ko jangan cakap bukan-bukan!" Ujar Syuk dan yang lain memandang ke arahnya termasuk Zi. "Aku tak tahu kenapa dan apa sebabnya ko cakap macam tu dan aku tak nak tahu! Aku nak ko jangan cakap benda yang buat semua orang yang sayangkan ko takut!" Ujar Syuk dan Zi yang mendengarnya hanya mampu menangis. Zi cuba untuk melawan sakit yang menjalar di hatinya tetapi dia tidak mampu. Zi yang tahu dia takkan mampu bertahan segera menggenggam tangan kakaknya erat. "Kakak .. Zi nak kakak bahagia dengan tunang kakak.... Lepas ni kakak ngan abang Zul tak perlu risau pasal Zi lagi! Zi nak kakak gembira! Zi taknak di sebabkan kanser hati ni kakak ngan abang Zul tak de masa untuk korang sendiri..Zi akan segera ikut mama ngan papa... Zi sayang kakak.." Ujar Zi perlahan dan matanya semakin terpejam dan akhirnya terpejam sempurna dan nafasnya tidak lagi kedengaran. Cikgu Ain atau kakak Zi menggeleng kepala dan berharap semua ini tidak terjadi. Tetapi tidak. Adiknya telahpun pergi meninggalkannya dan mengikuti ibu bapanya ke alam lain.

   "Zi! Zi! Ko nape Zi?! Woi, bangunlah!" Jerit Az sambil mengguncang tubuh rakannya itu dengan berharap supaya rakannya itu bangun dan cakap yang itu adalah gurauan sata-mata. "Zi... hiks... bangun..hiks... ko tak sayang aku ke?" Ujar Hana sambil cuba menyedarkan rakannya itu. Di bawah pohon itu terdengarlah beberapa tangisan yang menatapi kepergian seorang adik, sahabat dan juga musuh yang mereka sayang.

#################

   "Assalamualaikum Hana dan kamu semua? Cikgu datang sini sebab nak ambik barang Zi." Ujar Cikgu Ain. "Cikgu!!" Ukar mereka bereanam dan segera memeluk cikgu mereka selepas seminggu tidak berjumpa. Maklumlah setelah kepergian adiknya itu Cikgu Ain seolah-olah mayat hidup. Tetapi setelah seminggu merehatkan diri di rumah bakal mertuamya dia mulai ada semangat untuk meneruskan hidup. "Cikgu! Cikgu dah dihat ke?" Tanya Fen bagi memastikan cikgu atau kakak kepada kawannya itu telah sihat dengan sempurna. Cikgu Ain hanya menganggukan kepalanya sebagai jawapan.
   
    "Wow! Rajinnya kamu semua study! Macam nilah adik cikgu!" Ujar Cikgu Ain. "Adik?" Tanya Hana yang pelik kerana di anggap sebagai adik secara tiba-tiba. "Yalah kamu kan kawan Zi maknanya secara tak langsung kamu pun adik Cikgu Ain juga!" Ujar Cikgu Ain sambil berjalan menghampiri almari adiknya itu untuk mengemas almari itu dan membawapulang barang adiknya itu memandangkan tiada lagi yang akan menggunakannya lagi. Cikgu Ain membuka almari adiknya itu dan mengambil baju adiknya itu lalu memasukkannya ke dalam kotak yang di bawanya. Setelah selesai dia mengambil alatan mandian adiknya dan semuanya yang ada dalam almari itu sehinggalah dia terjumpa satu kotak di bawah almari adiknya itu. Disebabkan peraasaan ingin tahu, dia mula membuka kotak itu dan isi kotak itu adalah surat dan juga beberapa beberapa bekas ubat serta gambar keluarganya.

   Apabila melihat gambar itu, air mata yang ditahannya sejak tadi akhirnya keluar juga. Yang lain di situ hanya mampu menatap sayu ke arah cikgu mereka. "Cikgu... janganlah nangis cikgu.. Zi mesti tak suka tengok cikgu nangis." Ujar Fath sambil menenangkan cikgunya itu. Dia faham macam mana perasaan cikgunya itu kerana dia juga merasa kehilangan kawannya itu dan dia betul-betul berasa kehilagan kerana asrama itu tidak lagi riuh dengan suara kawannya itu dan sebab itulah semuanya terasa sunyi.

    "Nah ambiklah! Zi tinggalkan sorang satu surat. Dia nak kamu baca dan yang ni pulak untuk kawan lelaki kamu nanti tolong hulurkan kat dorang. Ok? Ujar Cikgu Ain sambil menghulurkan beberapa pucuk surat kepada anak muridnya itu. "Cikgu balik dulu? Kamu sua jaga diri tau?" Ujar Cikgu Ain dan mendapat anggukkan dari anak muridnya itu.