Sabtu, 10 Oktober 2015

12 Putera Serigala

 WATAK UTAMA
 
RUTSHI KIYOTO
(PAPA)
ELEMEN API

RUTSHI YURI
(MAMA)
ELEMEN PEMAKAN & PENYEBAR RACUN
 
RUTSHI SOMA
(ANAK SULUNG)
ELEMEN API
18 TAHUN

RUTSHI SHO
(ANAK KEDUA)
ELEMEN API
17 TAHUN

RUTSHI RITA
(ANAK KETIGA)
ELEMEN AIR
17 TAHUN

RUTSHI IZUKA
(ANAK KEEMPAT)
ELEMEN AIR
16 TAHUN

RUTSHI KURATA
(ANAK KELIMA)
ELEMEN KILAT
16 TAHUN

RUTSHI RYU
(ANAK KEENAM)
ELEMEN KILAT
15 TAHUN

RUTSHI REN
(ANAK KETUJUH)
ELEMEN PANGGILAN HAIWAN
15 TAHUN

RUTSHI ATSUSHI
(ANAK KELAPAN)
ELEMEN PANGGILAN HAIWAN
15 TAHUN

RUTSHI YUUKI
(ANAK KESEMBILAN)
ELEMEN ANGIN
14 TAHUN

RUTSHI YAMATO
(ANAK KESEPULUH)
ELEMEN KUASA ALAM
14 TAHUN

RUTSHI KANADE
(ANAK KE-SEBELAS)
ELEMEN PENYEMBUH KESAKITAN
14 TAHUN

RUTSHI HIKARO
(ANAK BONGSU)
8 ELEMEN KUASA
13 TAHUN
 
 
 WATAK SAMPINGAN
RUTSHI OGATA
MENINGGAL KETIKA 16 TAHUN
(PAK CIK KEPADA 12 PUTERA SERIGALA)
8 ELEMEN KUASA

PEMILIK KUASA KEJAHATAN
 
 
 
 Chapter1

  "Huwaaaa!!!" Jerit Hikaro. "Kenapa ni, Hikaro?" Tanya Soma, anak sulung daripada 12 adik beradik itu, apabila melihat dan mendengar adik bongsunya itu . "Abang! Saya benci sekolah! Benci! Benci! Benci!" Jawab si adik. Sementara abang-abangnya yang lain menggeleng kepala melihat kerenah adik bongsu mereka itu. Memang inilah yang selalu berlaku apabila mulanya tahun baru persekolahan.

   "Dia dah mula balik?" Tanya ayah kepada 12 orang putera itu. "Biasalah papa.. itukan memang tabiat Hikaro." Jawab Sho anak kedua itu. Rutshi(ayah kepada 12 putera) hanya mampu menggeleng apabila melihat kerenah anak bunsunya itu.
 
     "Papa! Hikaro tak nak pergi sekolah! Bolehlah... huh?" Tanya Hikaro. "Maaf Hikaro tapi ini semua demi memastikan kamu boleh mempelajari hidup seperti manusia yang lain. Jadi, apabila kamu meningkat dewasa kamu tak adalah kekok dengan keadaan sekeliling. Lagi satu apabila kamu mendapat kuasa seperti abang kamu yang lain, kamu tak adalah susah untuk megawalnya di hadapan manusia nanti." Jawab ayahnya. " Huh! Tapi papa, kenapa Hikaro masih tak ada kuasa? Sedangkan abang-abang yang lain sudah mempunyai kuasa semasa berumur 10 tahun lagi." Tanya Hikaro dengan nada sedih.

   Rutshi tersenyum lalu mengusap wajah anaknya dengan penuh kasih sayang. Dia sendiri tidak tahu harus berkata apa kerana dia juga pelik dengan anak bongsunya yang masih tidak mempunyai kuasa seperti abang-abangnya yang lain. Izuka, anak keempat daripada 12 adik beradik itu segera menghampiri adiknya. "Hikaro... janganlah sedih. Abang Izuki percaya yang kamu pasti akan dapat jua kuasa kamu nanti. Janganlah putus asa atau bersedih, ya?" Jawab Izuka sambil memberikan kata-kata semangat kepada adiknya itu. Hikaro hanya mengangguk dan berlalu pergi. Hikaro merasakan bahawa dirinya lain darpada keluarganya kerana keluarganya yang lain memiliki kuasa tersendiri tetapi dia, dia sendiri tidak tahu apa kuasanya. 'Aku benci semua ni!' Jerit hati Hikaro.

  "Abang apa yang kita nak buat? Kanade pun pelik, kenapa Hikaro masih tidak mempunyai kuasanya yang tersendiri. Sedangkan kita dapat kuasa pada umur 10 tahun tapi Hikaro pula dah berumur 14 tahun, namun masih tidak dapat lihat kuasa pada dirinya." Tanya Kanade, anak ke sebelas kepada abang- abangnya. Yang lain hamya mendiamkan diri kerana mereka sendiri tidak tahu apa puncanya. "Hmmm... sedahlah abang Soma rasa lebih baik kita semua berhenti cakap pasal hal ni. Abang takut kalau Hikaro dengar dia akan menjadi lagi sedih." Kata si abang sulung. Mereka yang lain hanya menangguk lalu beredar.

#################

"HIKARO!!! BANGUNNNN!!!" Jerit Yuuki anak kesembilan daripada 12 adik beradik itu , apabila adik bongsunya tidak mahu bangun. Hari ini adalah hari pertama persekolahan dan dia tidak mahu menjadi pelajar yang datang lambat ke sekolah pada hari pertama persekolahan. Sementara itu, orang yang dikejut iaitu Hikaro hanya menarik selimut lalu menutupi seluruh tubuhnya. Yuuki yang mula berasa geram segera keluar dari bilik adiknya itu dan turun ke bawah untuk memanggil abang ketiganya iaitu Rita kerana hanya abangnya yang mampu membangunkan adiknya yang satu itu.

###########

Di ruang makan...

 "Mana Hikaro?" Tanya Kurata, anak kelima apabila melihat Yuuki turun tanpa Hikaro. "Lucunya kalau abang Kurata tanya soalan tu! Abang tahukan budak kecik tu susah nak bangun! Abang Rita! Hikaro tu langsung tak gerak kalau bukan abng yang kejut!" Jawab Yuuki dengan bibirnya yang di majukan ke depan menandakan dia benar-benar kesal  dengan adik bongsunya itu. Rita segera bangun dan menuju ke bilik adik bongsunya itu.

   Rita membuka pintu bilik adiknya itu dan terlihatlah adiknya yang tengah tertidur pulas itu. Dia menarik nafas dalam-dalam dan"RUTSHI HIKARO!! BANGUN ATAU ABANG AKAN LEMASKAN KAMU DENGAN GUNAKAN KUASA AIR ABANG!!" Jerit Rita sambil mengugut adiknya itu. Hikaro yang tadinya tertidur, segera bangun lalu menolak abangnya itu sehingga terjatuh dan berlari keluar."RUTSHI HIKARO!!!" Jerit Rita.

  "Pagi!" Jerit Hikaro apabila selesai mandi dan menyertai keluarganya bersarapan. "Hikaro! Kenapa kamu tolak abang, hah?! Kamu nikan!" Tanya Rita dengan marah. "Abang yang salah siapa suruh abang jerit? Hikaro terkejutlah!" Jawab Hikaro dengan muka tidak bersalah. "Kamu yang tak reti bangun! Yuuki dah kejut kamu tapi kamu tidur, jadi abang kejutlah kamu macam tu." Jawab Rita. "Sudah-sudah berhenti bergaduh dan cepat makan. Sekejap lagi kamu semua nak pergi ke sekolah." Kata ayah kepada 12 adik beradik itu sebelum terjadinya pergaduhan. Bagi dia ini sudah menjadi salah satu tabiat anak- anaknya iaitu bergaduh. Tetapi bagi Rutshi, itulah keistimewaan keluarganya.

################

Di sekolah...

Waktu di sekolah adalah waktu belajar dan samalah bagi 12 adik beradik itu walaupun mereka lain dari yang lain.

Kringgggg... bunyi loceng menandakan waktu rehat bagi semua pelajar. Soma, Sho, Rita, Izuka, Kurata, Ryu, Ren, Atsushi, Yuuki, Yamato dan Kanade telah pun berada di kantin kecuali Hikaro iaitu adik bongsu mereka yang masih tidak terlihat bayangannya. "Abang Soma, mana Hikaro?" Tanya Ren. "Entahlah.. abang sendiri tak tahu. Selalunya dialah orang pertama sampai kat kantin masa rehat tapi abang tak nampak dia pun." Jawab Soma sambil memikirkan adik bongsunya itu. Yang lain hanya terdiam sehinggalah Soma bangun dan ingin berlalu pergi, namun ditahan oleh Sho. "Abang nak pergi mana?" Tanya Sho. "Abang nak cari Hikaro. Abang takut sesuatu terjadi pada Hikaro sebab dia tak pernah macam ni." Jawab Soma. "Kalau macam tu, kami semua ikut abang." Jawab Sho dan diikuti dengan anggukkan dari yang lain. Soma pun berjalan dan diikuti adik-adiknya, menuju ke kelas Hikaro.

 "Abang, sekejap! Itukan Hikaro." Kata Kanade apabila melihat Hikaro yang baru keluar daripada tandas yang berdekatan dengan kelas Hikaro itu. Yang lain memandang ke arah yang di tunjuk oleh Kanade itu. Tetapi ada yang pelik. Wajah Hikaro seperti seseorang yang
tengah menahan sakit. "Kamu semua tunggu kat sini. Abang akan panggil Hikaro." Kata Soma dan mendapat anggukkan daripada adik-adiknya yang lain.

 "Hikaro!" Panggil Soma sambil menggenggam tangan adiknya. Namun belum sempat Soma berkata lagi, tiba-tiba tubuh Hikaro terjatuh namun sempat di sambut oleh Soma. Soma dan adik- adiknya yang lain terkejut apabila Hikaro tiba-tiba pengsan. Sho dan adik-adiknya segera menghampiri Soma dan Hikaro. "HIKARO! HIKARO! BANGUN HIKARO! Kenapa ni Hikaro? HIKARO! HIKARO! " Jerit Soma sambil mengguncang tubuh adiknya itu, bersamaan dengan air matanya yang mengalir di pipinya. "Abang, kenapa dengan Hikaro ni?"tanya Kanade dengan cemas. Tanpa menjawab soalan Kanade, Soma segera mendukung tubuh adiknya kerana dalam kepalanya sekarang ni nyawa Hikaro adalah lebih penting. Soma berlari ke bilik kesihatan untuk meminta doktor yang bertugas di bilik itu bagi memeriksa adiknya. Yang lain hanya mengikuti Soma tanpa banyak tanya sebab mereka juga risaukan adik bungsu mereka itu.

###################

   'Aisshhh!!! Apahal sakit sangat dada aku ni? Aduh!!!' Rintih hati Hikaro, apabila dadanya tiba-tiba merasa sakit yang kuat. Hikaro segera mengangkat tangannya apabila dia tiba-tiba terasa ingin muntah. "Ada apa, Hikaro?" Tanya cikgunya. "Cikgu, izinkan saya pergi ke tandas sebentar, boleh tak?" Tanya Hikaro. "Tapi Hikaro, lagi 5 minit je nak rehat. Boleh awak pergi semasa rehat nanti?" Jawab cikgu Hikaro kerana memang tinggal lagi 5 minit jenak rehat. Hikaro hanya mengganggukkan kepalanya sebagai jawapan.

Apabila loceng rehat berbunyi, Hikaro terus keluar dari kelasnya dan berlari ke tandas. Apabila tiba, Hikaro berdiri di depan sinki dan memuntahkan semua isi perutnya. Hikaro menangis kerana rasa sakit di perut dan dadanya dan di tambah pula dengan rasa pahit di tekaknya kerana muntah. Tubuh Hikaro terlalu lemah sehingga dia duduk di lantai tandas kerana tidak mampu untuk berdiri. Tiba-tiba, Hikaro terdengar suatu suara yang tidak tahu daripada mana asalnya kerana di dalam tandas hanya ada dia seorang sahaja.

  'Hikaro... Hikaro... kau adalah pewarisku Hikaro.' Kata suara itu. "Siapa kau? Kau kat mana,hah? Jangan kacau aku!" Jerit Hikaro. 'Hikaro... ini pak cik. Pak cik adalah abang kepada ayah kamu Hikaro...' jawab suara itu. 'Pak cik? Abang kepada papa? Betulke? Ke aku tengah bermimpi?' Tanya Hikaro di dalam hatinya. 'Tidak Hikaro... kau tidak bermimpi. Aku adalah pak cik mu dan kau adalah pewarisku.' Jawab suara itu seolah-olah membaca hati Hikaro. "Pak cik boleh baca hati Hikaro? Macam mana?" Tanya Hikaro setelah percaya bahawa suara itu adalah pak ciknya. 'Ya, Hikaro... pakcik mampu sbab pak cik adalah roh yang datang untuk memberitahu segalanya kepada kamu sebab kamu adalah pewaris pak cik.'jawab suara itu. "Pewaris? Pewaris apa? "Tanya Hikaro, namun tidak di jawab. "Pak cik? Pakcik? Pak cik ada lagi ke tak ni?" Tanya Hikaro. Tiba-tiba dadanya kembali terasa sakit dan badannya seolah-olah sedang merasakan sesuatu yang menakutkan berada di sampingnya.

  ' HAHAHA!!! HIKARO KAU AKAN MATI PADA USIA MUDAMU, HIKARO! HAHAHA!!"  Jerit suatu suara yang lain dari suara tadi. Hikaro merasakan sakit di seluruh tubuhnya dan cuba untuk berdiri dan keluar dari tandas itu."akhh!!! Sakit!"jerit Hikaro sambil memegang dada dan kepalanya akibat rasa sakit yang amat sangat. Hikaro tetap menguatkan dirinya lalu keluar dari tandas. Apabila keluar dari tandas, orang pertama yang dia nampak adalah abang sulungnya iaitu Soma. "Abang... sa.. aa.. kit.."kata Hikaro perlahan sebelum dia merasa pandangannya gelap.

##############

Di bilik Hikaro...

"Eungghh.." suara rintihan yang keluar daripada mulut Hikaro apabila dia sedar dari pengsan dan merasakan pandangannya terlalu terang. "Hikaro? Oh! HIKARO! KAMU DAH SEDAR? PAPA! MAMA! ABANG!"  Jerit Kanade apabila melihat Hikaro membuka matanya. Selang beberapa saat, pintu bilik Hikaro terbuka lalu papa dan mama serta abang- abang Hikaro berjalan ke arah katil Hikaro. Mama, Hikaro iaitu Yuri, segera memeluk anak bongsunya itu sambil air matanya yang mengalir semakin deras di pipinya." Aduh! Sakit..." Rintih Hikaro kerana mamanya yang mengangkat tubuhnya sewaktu kepalanya masih sakit. "Sakit? Sakit kat mana? Bagitahu mama?" Tanya Yuri sambil mengguncang tubuh anaknya. "Mama, hentikan! Hikaro baru sedar. Mama pergi angkat dia terus kenapa? Mestilah sakit." Kata Kanade apabila melihat mamanya yang memeluk tubuh adiknya dengan kencang itu.

  "Hikaro... kamu tak apa-apa? Tadi kamu pengsan  kat sekolah. Nasib baik abang kamu jumpa kamu pengsan kalau tak papa tak tahulah apa akan jadi." Kata papa Hikaro iaitu Rutshi. Hikaro hanya berdiam diri sahaja, apabila di tanya oleh ayahnya apabila dia teringat apa yang terjadi sebelum dia pengsan. Hikaro teringatkan sesuatu lalu dengan segera dia turun dari katil. Namun belum sempat dia melangkah, tiba- tiba tubuhnya berasa lemah dan ingin jatuh dan nasib baiklah abangnya, Yuuki sempat menyambitnya sebelum terjatuh. "Kenapa ni Hikaro? Kenapa tergesa-gesa? Kamu baru sedar jadi tubuh kamu belum cukup tenaga lagi untuk berjalan." Tanya Rutshi apabila melihat kelakuan pelik anaknya itu." LEPASKAN AKU! AKU NAK PERGI SUATU TEMPAT! LEPAS! HUAARHH! "Jerit Hikaro sambil mendorong tubuh ayahnya dan hampir ayahnya terjatuh. Namun Soma sempat menyambut tubuh ayahnya sebelum terjatuh. Sho dan Rita menahan Hikaro apabila Hikaro ingin keluar dari bilik itu. Adik beradik yang lain hanya melihat kelakuan aneh adik bungsu mereka itu. Rutshi segera menghampiri anaknya tu dan memeluk tubuh anaknya. "Lepas! Lepaskan aku!" Jerit Hikaro sambil cuba mendorong tubuh Rutshi namun kalau hendak dibezakan tenaga Rutshi dan Hikaro, Rutshi lah yang paling banyak tenaga.

"Hikaro! Tenangkan dirimu anakku.. jangan macam ni Hikaro..." Kata Rutshi yang masih setia memeluk anaknya dan cuba untuk menenangkan Hikaro. "Lepaskan! Le..pas... kan.."kata Hikaro perlahan apabila kesedaraanya semakin pulih. "Hikaro?" Tanya Rutshi sambil memegang wajah anaknya. "Papa... hiks..  sakit dada Hikaro sakit sangat.." kata Hikaro dan sejurus itu Hikaro kembali hilang kesedarannya. "Hikaro? Hikaro?!" Jerit Rutshi apabila melihat anaknya pengsan. Rutshi segera mengangkat tubuh Hikaro dan membaringkan tubuh anaknya di atas katil. Rutshi mengusap wajah anaknya sambil menangis.' Tak mungkin Hikaro! Tak mungkin! Abang. Hikaro bukan pewaris abang, betultak?' Tanya Rutshi di dalam hatinya.

 "Pa.. kenapa dengan Hikaro? Kenapa Hikaro jadi macam ni?" Tanya Ren dengan wajahnya yang di penuhi air mata. "Tak ada apa - apa.. kamu semua tak perlu risau..  Hikaro tak apa-apa, cuma inilah yang akan berlaku kepada tubuh orang yang tidak mempunyai kuasa apabila tubuh dia terlalu penat." Kata Rutshi supaya anaknya yang lain tidak terlalu risau. "Kamu semua keluarlah dulu. Nanti papa dan mama akan keluar selepas kami periksa tubuh adik kamu. Keluarlah dulu, ya?"ucap Rutshi. Lalu anak- anaknya berjalan keluar dari bilik itu, yang tinggal hanya dia, isteri serta Hikaro. "Sayang. Hikaro bukan pewaris abang awak kan? Bukan Hikaro, betulkan?" Tanya Yuri kepada suaminya dan berharap jawapan suaminya adalah Hikaro bukanlah pengganti kepada abang iparnya. "Saya tak tahu." Kata Rutshi. Yuri segera menghampiri tubuh Hikaro lalu memeluk tubuh anaknya itu sambil menangis sekencang-kencangnya.
 
"Abang Soma, kenapa dengan Hikaro? Hikaro tak pernah macam ni. Yamato risau kalau Hikaro sakit atau ada yang berbahaya. Abang tahu sesuatu pasal ni?" Tanya Yamato kepada abangnya. Soma hanya menggeleng kepala sebagai jawapan. "Sudahlah, kamu semua siapkan kerja sekolah kamu. Esok kita sekolah." Ucap Sho supaya adik-adiknya itu tidak terlalu banyak tanya kerana dia tahu bahawa abang sulungnya itu turut tertanya-tanya.

###############

Di bilik Hikaro...

'Kenapa dia kata aku pewarisnya? Kenapa mesti aku? Siapa dia sebenarnya?' Tanya seseorang dalam hatinya iaitu tidak lain tidak bukan ialah Hikaro. 'Hikaro... Hikaro... 'Panggil seseorang . ' suara tu! Suara tukan milik..' belum sempat Hikaro menghabiskan kata hatinya, tiba-tiba suara itu mencelah ' Ya Hikaro. Ini pakcik.. Hikaro lihat ke arah luar tingkap mu.' Ujar suara itu. Hikaro segera beranjak ke tingkap biliknya itu dan melihat jika ada seseorang di sana. Tiba-tiba, ada sebuah cahaya berdekatan dengan pagar rumahnya. Hikaro menajamkan penglihatannya dan cahaya itu, tiba-tiba berubah menjadi satu susuk manusia. Hikaro terpegun dengan pandangan tersebut. Dia tahu siapa orang itu. Orang tu pernah dilihat di gambar yang ada di dalam bilik ayahnya. Orang tu adalah pakcik nya yang dah meninggal sewaktu pakcik nya berusia 16 tahun, tetapi siapa yang tengah dia lihat kini? Pakcik nya dah lama tiada. 'Siapa dia sebenarnya?' Tanya batin Hikaro.

  Susuk tubuh itu menghulurkan tangannya ke arah Hikaro, seolah -olah jaraknya Hikaro terlalu dekat. Hikaro menghulurkan tangannya dan terus menghulurkan tangannya seolah -olah dia mampu mencapainya. Hikaro memanjat keluar tingkap. Namun sebelum sempat dia terjatuh ke bawah, seseorang mencapai tangannya dan menariknya ke dalam. Hikaro memandang ke arah susuk tubuh tadi, namun tidak terlihat lagi susuk itu.

##############

Di bilik 12 putera...

 "Abang, saya dah siap kerja sekolah. Saya nak pergi tengok Hikaro, boleh tak?" Tanya Kanade kepada abangnya. Sejujurnya dari tadi hatinya tidak tenang apabila teringat kelakuan adik bungsunya sebentar tadi. Soma tersenyum dan mengangguk sebagai jawapan. Kanade segera mengemas barangnya dan beranjak keluar.

 Tok..tok... suara pintu diketuk. Orang yang mengetuk itu adalah Kanade. Kanade membuka pintu bilik itu kerana tidak ada jawapan dan menyangka adiknya tidur. Alangkah terkejutnya Kanade, apabila melihat adiknya hampir terjatuh. Dengan kuasa kepantasan yang dia ada, Kanade segera berlari ke arah Hikaro dan menarik tangan adiknya itu. " HIKARO!!!!" Jerit Kanade. Sementara itu, kesemua abang - abangnya yang tadi di bilik 12 putera, segera bergegas ke bilik Hikaro , apabila mendengar jeritan Kanade. Soma adalah orang yang paling cemas apabila mendengar jeritan Kanade kerana mengingatkan amanahnya pada ayahnya yang menyuruhnya menjaga adik-adiknya. Ini kerana, ibu bapa mereka terpaksa melawat atuk mereka yang tengah sakit tenat di hutan kayangan.

 "Kenapa ni? Kanade, kenapa dengan Hikaro?" Tanya Soma, apabila melihat Kanade memeluk Hikaro dengan Hikaro yang tidak sedarkan diri. "Tak tahu! Abang tolong angkat Hikaro! Badannya terlalu panas!" Ucap Kanade. Soma dan Sho segera mengangkat tubuh adik bongsu mereka itu. Ren dan Yamato segera membantu Kanade bangun dari baringnya di lantai tadi akibat Hikaro yang terbaring di atasnya tadi. " Yuuki! Tolong ambilkan kain basah! Atsushi ambilkan air suam untuk di minum! Cepat!" Jerit Soma, apabila merasakan badan adik bungsunya itu terlalu panas. "Abang! Biar Kanade cuba sembuhkan Hikaro dengan kuasa Kanade." Ucap Kanade." Tak! Jangan gunakan kuasa kamu sebarangan!" Larang Soma. "Apa maksud abang? Saya nak selamatkan Hikaro bukannya untuk buat perkara bukan-bukan dengan kuasa saya!" Marah Kanade. "Sudah! Yang penting sekarang ni kita periksa keadaan Hikaro dulu." Ucap Rita. Yuuki datang dengan kain basah di tangannya dan Atsushi datang dengan segelas air suam di tangannya. Soma segera meletakkan kain basah itu di kepala adiknya dan air suam itu, dia cuba minumkan kepada adiknya.

 "Sudahlah yang lain pergi ke bilik masing- masing dan tidur. Abang akan jaga Hikaro. Esok abang tak ke sekolah untuk jaga Hikaro. Kamu semua pula pergi ke sekolah. Jadi pergi masuk tidur."ujar Soma apabila memastikan Hikaro tidak apa-apa. Seorang demi seorang beranjak keluar dari bilik itu. Soma menatap wajah adik bungsunya itu dan mengusap wajah adiknya itu. Sungguh dia terlalu risau dengan adiknya itu. 'Kenapa dengan kamu Hikaro?' Tanya Soma di dalam hatinya. Soma baring di sebelah adiknya dan memeluk erat tubuh adiknya itu, seakan takut yang dia akan kehilangan Hikaro.' Abang akan jaga kamu Hikaro! Abang janji! Abang akan jaga semua adik-adik abang supaya tidak seorang diantara kamu semua yang tercedera' ucap batin Soma. Akhirnya, Soma turut terlena bersama adiknya dan pelukannya yang tidak pernah lekang.

'Maaf Soma! Tetapi adik kamu bukanlah untuk kamu lindungi! Hahaha!!!' Ucap suara itu dengan menghampiri katil di mana Hikaro dan Soma sedang tidur. Dia  berdiri di sebelah Hikaro lalu mengusap wajah Hikaro dan itu membuatkan Hikaro yang tadinya tertidur tenang, mengerutkan wajahnya seolah - olah sedang berada dalam ketakutan. 'Shhh... jangan risau Hikaro... kau akan mati seperti pak cik mu yang tidak berguna itu! Hahahaha!' Jerit suara itu dan hilang secara tiba - tiba. Namun, suatu tanda ada di leher Hikaro. Itu adalah kesan darah atau kesan seperti di cekik dan lama kelamaan ia bertukar menjadi waran kebiru - biruan, seolah - olah lebam dan darah yang tadinya terlihat, kini hilang. Hikaro menangis dalam tidurnya dan dia tahu ajalnya mungkin menghampiri.

############

Pada keesokkan harinya..

"Abang, macam mana dengan Hikaro? Dia dah sembuh ke?" Tanya Kanade dengan nada risau. "Ya, dia dah sembuh. Cuma dia perlu berehat hari ni. Esok dia akan ke sekolah. Dah cepat makan. Nanti kamu semua pulak yang lambat." Ucap Soma. Selepas adiknya yang lain ke sekolah, Soma menuju ke bilik adiknya untuk melihat keadaan Hikaro. Soma membuka pintu bilik adiknya lalu duduk di sebelah adiknya. Hikaro terjaga dari tidurnya dan tersenyum apabila melihat abangnya itu.

 "Hikaro, macam mana? Kamu tak rasa sakit lagikan?" Yanya Soma sambil mengusap pipi adiknya itu. Hikaro hanya tersenyum dan mengangguk sebagai jawapan kepada soalan abangnya itu. "Abang tak sekolah ke? Mana papa dan mama?" Tanya Hikaro perlahan, akibat dia tidur terlalu lama dan mungkin juga kerana demam. "Tak. Abang tak sekolah sebab papa dan mama ke hutan kayangan untuk menziarahi atuk dan abang pula kena jaga kamu sebab badan kamu terlalu lemah." Ucap Soma sambil tersenyum.
    
      "Maaf..." UcapHikaro. "Kenapa kamu minta maaf? Kamu tak buat salah apa pun." Ucap Soma. "Tapi sebab saya, abang tak dapat pergi ke sekolah. Hari ni baru hari kedua tapi saya dan abang tak pergi ke sekolah." Jawab Hikaro dan diikuti dengan air mata yang mengalir di pipinya. Soma mengusap kepala adiknya lalu berkata "Wow! Tak sangka adik abang yang sorang ni cengeng juga orangnya." Sakat Soma.
  
      Hikaro segera mendorong abangnya sehingga abangnya terjatuh dari katil." Adoi! Sakitlah, Hikaro!" Ucap Soma. "Padan muka! Ejeklah lagi kalau abang nak kena tumbuk." Ugut Hikaro kepada abangnya. Hikaro memang bukan orang yang senang untuk di ejek. Soma hanya tersenyum. "Dah bangun! Pergi mandi! Bau kamu ni mengalahkan kambing yang atuk bela tahu tak?" Ejek Soma dan berlalu pergi sebelum adiknya memukul dirinya lagi." RUTSHI SOMA!!!"Jerit Hikaro dari dalam biliknya dan yang di marahi hanya ketawa.

###############

Di sekolah...
'Rita... Rita... kau perlu tahu bahawa adik-adik mu dalam bahaya...HAHAHA!!' Suara aneh menyapa pendengaran Rita. Rita segera berpaling ke belakang untuk melihat dari mana datangnya suara tadi. Namun,di situ tidak ada orng lain selain dirinya. Rita terus berjalan sehinggalah tubuhnya tiba - tiba berasa lemah. 'Tak guna! Ini mesti disebabkan kuasa hitam!' Ujar hati Rita. Rita terus menguatkan dirinya dan dia berasa lega apabila melihat seseorang yang dikenalinya ada berhampiran. "Kanade!" Jerit Rita apabila terserempak dengan Kanade. Kanade pun berpaling ke arah abangnya dan dia terkejut apabila melihat wajah pucat abangnya itu. Kanade segera berlari ke arah Rita dan menyambut abangnya yang hampir tersungkur itu." Abang Rita! Kenapa ni?" Jerit Kanade sambil cuba menyedarkan abangnya yang pengsan itu. Tiba - tiba mata Kanade bertukar menjadi warna kuning keemasan dan satu cahaya muncul di tangannya. Kanade meletakkan tangannya di dada Rita dan lama kelamaan cahaya itu hilang dan mata Kanade menjadi seperti sedia kala.Rita yang tadinya pengsan, sedikit demi sedikit terjaga. "Abang!hiks... nasib baik abang tak apa-apa!" Jerit Kanade sambil memeluk abangnya. Rita membalas pelukan Kanade dan cuba menenangkan tangisan adiknya. Kemudian, Kanade dan Rita berlalu pergi untuk pulang ke rumah kerana waktu persekolahan telah tamat.

###############

    "KAMI PULANG!!!" Jerit 10 orang remaja lelaki itu. "Oh! Selamat pulang adik - adikku!" Jawab si abang sulung. "Selamat pulang."ucap si adik bungsu. "Hoi, budak ! Cuba bersemangat sikit sambut kami pulang macam abang Soma." Ucap Yamato yang sedikit kecewa dengan cara adik bungsunya itu. "Baiklah, SELAMAT PULANG ABANG - ABANGKU!"Jerit Hikaro sambil mengedip-ngedipkan matanya seperti memperli abangnya itu.

   "Kamu nikan!!!" Marah Rita dan mendekati Hikaro untuk memukul adiknya itu. Hikaro yang tahu apa yang akan terjadi segera bangun dari duduknya dan berlari ke arah abang sulungnya. Namun, tiba- tiba dadanya terasa sakit dan tubuhnya terlalu lemah. Hikaro terduduk di lantai sambil memegang dadanya itu dan berharap abangnya akan membantunya tetapi abang - abangnya yang lain hanya menyangka bahawa dia sedang berlakon sahaja supaya tidak dipukul oleh Rita.

      "Yah, Hikaro! Kamu fikir abang akan terpedaya! Tak akan ambik ni!" Ujar Rita sambil bersiap sedia untuk memukul Hikaro tetapi tiba - tiba Hikaro mengeluarkan darah dari mulutnya dan jatuh pengsan. Kesemua abang - abangnya terkejut melihat darah itu dan terus berlari ke arah Hikaro. Rita adalah orang yang paling terkejut kerana seluruh wajahnya di penuhi dengan darah Hikaro kerana dia berjongkok di depan Hikaro untuk memukul kepala Hikaro tadi.

  "HIKARO!!!" Jerit kesebelas orang abang - abangnya. Soma terus mengangkat tubuh adiknya itu dan membawa tubuh Hikaro ke bilik Hikaro. Tiba - tiba, loceng rumah mereka berbunyi. Yuuki berlari membuka pintu dan orang yang datang itu adalah ibu bapa mereka sendiri. "Kami pulang anak -anak..." ucapa ibu bapa mereka bersamaan. Yuuki terus memeluk ibu  bapanya kerana merasa lega ibu bapanya muncul pada masa yang tepat. " mama, papa, Hikaro... dia.. hiks ... dia..." ucap Yuuki tergagap- gagap. " Kenapa dengab Hikaro?" Tanya Rutshi risau apabila dia mengingatkan yang dia meninggalkan anak bongsunya itu sewaktu anaknya sedang sakit. Tanpa menunggu jawapan daripada Yuuki, Rutshi terus berlari ke arah bilik anak bongsunya itu, diikuti oleh Yuuki dan isterinya.

      "Hikaro!" Jerit Rutshi setelah membuka pintu bilik Hikaro dan dia terkejut apabila melihat anak sulungnya sedang membersihkan kesan darah di wajah anaknya itu. Rutshi terus tubuh anaknya yang kelihatan terlalu lemah itu dan menangis sambil mengusap wajah anaknya itu. "Papa mama. Maafkan Soma sebab tak jaga adik - adik Soma dengan baik. Maaf..." ujar Soma sambil menangis.Rutshi menggelengkan kepalanya dan memeluk anak sulungnya itu sebagai jawapan bahawa anaknya tidak bersalah walau sedikitpun." Tak apa Soma. Jadi Yuri memang Hikarolah orangnya."ucap Rutshi kepada isterinya. Yuri faham apa yang dimaksudkan oleh suaminya itu lalu berjalan menuju ke arah Hikaro dan memeluk tubuh anaknya itu." Tak! Bukan dia! Dia tak boleh mati! Kalau betul orang tu nak bunuh Hikaro, dia kena bunuh saya terlebih dahulu!" Ucap Yuri histeris. Kesebelas orang puteranya yang lain tidak mengerti dengan apa yang dimaksudkan oleh ibu bapa mereka berkenaan dengan Hikaro. "Apa maksud mama dan papa? Saya tak faham! Siapa yang nak bunuh Hikaro?!" Jerit Soma. Rutshi dan Yuri hanya mendiamkan diri
 
     'Abang kenapa mesti anak saya menjadi pewaris abang? Kenapa bukan saya, bang?' Ucap batin Rutshi sambil memandang sayu ke arah Hikaro yang terlihat sangat lemah itu.

tbc..